ARAHAN PELAKSANAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) TAHUN 2012 SECARA ONLINE DALAM SISTEM HRMIS PEJABAT KETUA PENDAFTAR, MAHKAMAH PERSEKUTUAN SEBELUM ATAU PADA 6 JULAI 2012
Dimaklumkan bahawa pencapaian peratusan perkara berikut secara 'online' dalam HRMIS telah dijadikan petunjuk prestasi utama bagi setiap Ketua Jabatan:

a) Perisytiharaan harta
b) Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
c) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
d) Pengemaskinian rekod peribadi
e) Pengemaskinian Maklumat Perjawatan dan Profil Perkhidmatan

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan dipohon untuk memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan dibawah seliaan tuan/puan supaya:

a) mengemaskini dalam HRMIS secara 'online' apabila berlaku perubahan dalam pemilikan harta atau tarikh perisytiharaan harta yang diambil maklum oleh Ketua Jabatan telah genap lima (5) atau lebih. di samping itu juga perlu diisi secara manual dan online Borang Perisytiharaan Harta kepada PTJ untuk tindakan selanjutnya.

b) memasukkan maklumat Sasaran kerja Tahunan (SKT) tahun 2012 secara online dalam HRMIS sebelum atau pada 6 Julai 2012. Pegawai Penilai Pertama (PPP) adalah dikehendaki untuk mengesahkan SKT online sebelum atau pada 16 Julai 2012.

sekian harap maklum.

Total visitors to the Portal : 39,832
Last updated : 19 December 2014